Assalamualaikum dan bersua lagi kita semua.
Semasa berkesempatan menyertai kursus chef li tempohari antara kata katanya yg menarik dikongsikan bersama adalah hidup kita atau kejayaan kita adalah kita yg memilihnya dan bukanlah kita dipilih utk kejayaan tersebut.
Kesimpulan tersebut mematahkan juga pepatah melayu iaitu "beras secupak tak akan menjadi segantang" sebenarnya kita boleh mengandakan beras tersebut dgn hasil usaha kita dan juga sekiranya dibiarkan beras tersebut didalam bekas simpanan maka secupak tetap secupak dan secupak tersebut habis digunakan tanpa kita mengantikan dgn yg baru atau mengandakan nya.
Antara contoh yg boleh digunakan adalah kisah benar bekenaan liku hidup che kiah digerik perak dan bagaimana kisah ini relate dgn memilih ataupun dipilih.
Dikisahkan che kiah adalah penghuni PPRT dengan pendapatan isi rumah RM394 sebulan, hiduplah mereka sekeluarga, suami dan anak anak yg masih kecil dengan berkerja menoreh getah pokok orang, saban hari dan tahun beginilah rutin mereka dan hiduplah mereka dengan kapasiti pendapatan tersebut.
suami beliau selesa dengan keadaan tersebut dan berlainan sekali dengan che kiah yg ingin merubah nasib mereka sekeluarga dan sentiasa berusaha utk keluar dari kepompong pendapatan tersebut.
Dengan hasil usaha che kiah maka bertemulah beliau dgn AIM (Amanah iktiar malaysia) dengan pertemuan tersebut didaftarkan lah che kiah utk mengikuti kursus membuat ais krim.
Setelah tamat kursus, maka che kiah dengan ilmu yg ada membuat sendiri ais krim, maka diajaknya suami beliau utk menjaja ais krim tersebut pasal suaminya mempunyai sebuah motosikal usang, tetapi lain yg diharap lain yg jadi suaminya tidak berminat dan menyatakan..
...Apalah yg awak harapkan dengan menjual ais krim tu boleh laku atau kita boleh kaya dengan benda tersebut.
Che kiah yg tak putus asa dengan kedua belah tangan nya membawa ais krim utk jajaan, disebelah kiri kon ais dan sebelah kanan ais yg telah siap, maka menjajalah che kiah dihadapan sekolah dan tadika kampung mereka.
Apa yg berlaku adalah dlm bulan pertama pendapatan che kiah adalah RM1200 sebulan, dengan pendapatan tersebut sekali lagi che kiah mengajak suaminya menjaja, jawapan suaminya tetap menolak spt pertama kali diajukan.
Dengan pendapatan yg ada maka che kiah membeli sebuah basikal, masalahnya che kiah tak pandai menunggang basikal maka ais diletakkan dipelantar dan dihandle diletaknya kon ais, dengan adanya basikal maka jauhlah sikit yg dia boleh pergi walaupun dengan cara menolaknya, pada bulan kedua dengan menolak basikal pendapatan che kiah meningkat kepada RM2000.
Setelah melihat pendapatan tersebut barulah suaminya nak berubah dan membonceng che kiah menjaja ais krim lebih jauh lagi dan begitulah seterusnya.
Moral dari kisah ini adalah dua watak utama antara che kiah dan suaminya, che kiah berusaha utk berubah dan suaminya selesa dengan pendapatan RM394 dan selesa juga berstatus PPRT, begitu juga kalau dilihatkan disini siapa yg memilih siapa, sekiranya che kiah tidak memilih utk berubah maka kekal lah beliau disamping suami yg tak mahu berubah.
Apa yg membuat che kiah berubah adalah "Semangatnya" dan beliau bukan dipilih utk berubah tapi beliau sendiri yg memilih utk buat perubahan.
Ayuh sahabat kuatkan semangatmu dan lakukan perubahan, sebagai muslim sejati kita kena kaya dengan kaya tersebut kita boleh membantu orang lain.
Pilihan ditangan anda.
wahab
012-4100759