Soroton dari paparan tentang kisah Pak Lang Mat Zin, saya mengucapkan ribuan terima kasih pada sahabat semua yg bermurah hati menderma, Satu tabung khas telah dikelolakan dan insyallah satu pondok baru dan kemudahan air bersih akan didiri dan digalikan utk pak lang mat zin dan target tugasan tersebut akan dilakukan selepas bulan puasa ini.
Pada 15hb ini saya selaku pengerusi biro amal wk.com, berserta sahabat yg lain akan ke kroh, baling, karangan dan kuala ketil kedah dlm expedisi amal kami yg rutin dilakukan 3 bulan sekali.
Dan pagi tadi...emm berita yg agak menarik, seorang prospek dari acheh beli 4 kotak susu utk nam mulakan pasaran didaerah kelahiran beliau, doakan sahabat ni sukuses disana dan insyallah dptlah saya keacheh nanti.
Cerita pasal acheh ni mengingatkan saya pada kisah tsunami dahulu, selepas 3 hari kejadian kami ada menghantar bekalan makanan spt maggi, beras dan makanan yg lain, dan sahabat disana manghantar message balik kata mereka suruh hantar roti sahaja, pasal kata mereka nak makan tak lalu kerana berselang 3 langkah mayat dan ruang udara disana penuh dgn bau mayat dan jalan mudah utk isi perut hanyalah celup roti dlm air dan minum dan juga kata mereka kalau masak nasi pun berbau mayat.
Hebat sungguh kejadian tsunami tersebut kata sahabat kami tu, dan kami juga ada masalah utk menghantar makanan tempohari kerana tiada satu kenderaan yg mahu kesana dan nasib baiklah ada anak acheh dan semangatnya yg sanggup memandu dan membawa makanan kesana.
Pengalaman lain dgn anjuran dan semangat ukhwah, kami berkerja giliran hampir 24 jam, mengumpul dan membungkus pakaian kesana dgn hasil tersebut kami berjaya menghantar 2 kontena pakaian baru dan terpakai kesana.
Saya amat berharap downline ini sukses disana dan ingin benar saya kesana serta ingin bertemu dgn sahabat sahabat disana yg telah bergabung tenaga dgn kami semua dlm episod tusnami tempohari.