Seperti sedia maklum partner aku PD Azri telahpun berada didunia luar dan pada penghujung bulan ni adalah utk turn aku pula utk mengharungi dunia luar, pastinya banyak liku liku yang sedang menanti.
Namun itu bukanlah isyarat utk mengaku kalah, seperimana tadi semasa balik dari kerja dari kejauhan kelihatan pelangi dilembayung petang, semua ini memberi isyarat agar aku terus berusaha dan mencari semua warna warna dalam kehidupan ini.
Begitu juga kebelakangan ini terlalu banyak sms yg aku terima dari syarikat itu dan ini semuanya menawarkan peluang baik berserta dgn pendapatan lumayan, justeru itu aku membalas sms mereka dgn sopan dan memohon agar mereka terus berusaha dan buktikan apa yg mereka cakap dan tawarkan itu dgn kebenaran.
Sikap aku mudah, kita tidak perlu menguna nama orang itu dan orang ini, kejayaan mereka itu dan ini, apa yg perlu dibuat adalah buktikan kemampuan dan kesungguhan kita dlm merealisasikan sesuatu perkara.
Kejayaan bukanlah mitios bagi yg berusaha, bukti cukup jelas dan banyak, sebagai contoh mengapa orang lain boleh berjaya dinegara kita, sedangkan kita masih ditakuk lama, jawapan pada persoalan ini adalah usaha dan usaha.
Marilah kita berusaha dan memperbaiki diri sendiri, seperti mana kelas tasawuf aku jumaat lepas dan ustaz menghuraikan kata kata Nabi Musa A.S, kita hidup hanyalah 3 hari iaitu kelmarin, hari ini dan esok.
Kita tidak berupaya mengambil kelmarin utk dimasukan kedalam hari ini, ianya telah berlalu apa yg boleh diambil adalah pengajaran kelmarin dimanakah diri kita, Hari ini adalah sebaik baik hari yg harus digunakan dan lakukan lah yg terbaik membaiki hari kelmarin dan jangan diharapkan pada esok yg belum pasti samaada kita boleh boleh hidup atau sampai kepadanya, pointnya adalah kita melihat dan berusaha dgn bersungguh sungguh dgn hari yg ada.