Bersua lagi kita semua dipentas ini.
G2 terus merentas masa, ada yg ketinggalan dan ada juga pantas mengejar mesin masa SST, A&W begitu juga dan kami tak mahu terus ketinggalan maka kami berdua telah garapkan plan jangka panjang yg kami panggil revision 1.
Meringkaskan cerita pada khamis yg lepas kami telah sepakat utk ke KL utk berjumpa dengan Ucuk dan Zaini, pada awalnya kami bercadang utk bergerak pada pukul 3.00 petang dan sekitar jam 8.00 malam sudah ada disana, kita hanya manusia mampu merancang dan ketentuan Allah Swt mengatasi segalanya.
Aku amat sibuk pada khamis yg lepas, pukul 5.00 petang baru dapat keluar dari kilang, dalam waktu perjalanan ke Hospital sbg Jaya tempat PD asri sedia menungu aku dpt panggilan dari d/line perlukan susu segera..D/line punya pasal kena hantar juga.
Pukul 6.00 petang baru dapat ambil PD azri tapi masalah tak selesai lagi, pasal kereta kena hantar utk servis sebelum memulakan perjalanan, setelah siap segalanya kami memulakan perjalanan sekitar jam 7.00 petang menghala ke KL.
Sepanjang jalan hujan turun semahu mahunya seolah olah memberi gambaran agar kami membatalkan hasrat kesana, ditambahkan lagi pada hari khamis tersebut PD Azri deman, atas komitment dan ingin melihat revision 1 berjalan lancar beliau gagahkan diri dan banyak melelapkan mata, aku yg keseorangan memandu banyak melayan lagu lagu dari radio sinar.
Pukul 7.45 malam kami berhenti sekejap kat bukit merah utk berehat seketika kerana hujan amat lebat dan jalan mula licin.
8.30 malam kami memulakan perjalanan, 9.30 malam kami berhenti sekali lagi di hentian rehat simpang pulai, hujan dan petir sabung meyabung dengan semangat yg membara pukul 9.45 malam kami meneruskan perjalanan.
15 minit perjalanan, 200 meter dari simpang masuk tapah, kereta yg aku pandu tiba tiba tayar hilang kawalan akibat melanggar lopak air, pada mulanya kami hampir terbabas ke kiri jalan aku cuba sedaya upaya mengawal kereta dari terbabas dlm longkang, apabila brek emergency ditekan kami berdua terbabas ke devider, kereta terpusing pusing sebanyak 3 kali, dan tersadai ditengah devider, pada waktu tersebut keadaan amat bahaya kerana kereta terpusing dan menghadap ke melawan arus.
Alhamdullilah, dengan tindakan pantas kami berdua telah selamat, tanpa sebarang kecerderaan yg dialami, kemudian aku terus memandu keluar ikut tapah utk memeriksa keadaan kereta serta memberitahu ucuk dan zaini kerana terpaksa membatalkan hasrat ke Kl pada mlm tu.
Kereta kemek teruk sebelah kiri kesan dari kemalangan tersebut, aku sampai hari ni sakit ditengah tulang belakang mungkin dari kesan hentakan yg kuat telah berlaku, dan PD azri masih demam lagi rasanya.
Walaupun terlalu perit dengan semua yg telah berlaku, ditambahkan pula kereta tiada spare part dlm waktu terdekat ini, ianya bukan lah utk merasa lamah atau kalah,malah aku lebih kuat dari sebelumnya.