Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

makeityourring diamond engagement rings: That of a wonderful pack involving gifts Honies! I is able to see you are quite anxious about every one of them (whom will not always be?). Naturally you may accomplish canine stone. I have acquired your storm doll i worked out very speedily. Everything to read more doggie snacks. Internet marketing delighted anyone liked your current gifts.
mobil keluarga ideal terbaik Indonesia: mobil keluarga ideal terbaik Indonesia
peluang usaha: Ini adalah panduan bagaimana untuk mendapatkan “penghasilan Nyata” pada situs PTC tanpa harus membayar untuk apapun. Yang perlu diperhatikan $50 sehari tidak akan mungkin diraih begitu saja. Anda tetap hanya akan menghasilkan beberapa sen saat pertama memulai. Hal ini disebut “KESABARAN”. Dengan cara ini, saya tidak perlu berinvestasi untuk mendapatkan penghasilan dari PTC. Jika Anda memiliki uang untuk diinvestasikan, maka ber-investasilah dan Anda akan menghasilkan lebih cepat dari saya.
Travel Jakarta Bandung: blog yg menarik, cool
Astaga.com lifestyle on the net: Astaga.com lifestyle on the net main kemari tuk berucap salaamu'alaik
http://screenarchives.com/title_detail.cfm?ID=5047: http://screenarchives.com/title_detail.cfm?ID=5047puro muerto marchas distrito federal cacique esparza flores genocida
http://twitter.com/lopezobrador: http://twitter.com/lopezobrador a la chingada madre este señor lo digogomezleyva@milenio.com
manuel somoza chinga tu madre a lo ciro: moreno valle suárez padrote de gordillo morales
juanga : Jairo Calixto Albarrán jairo.calixto@milenio.com padrote proxeneta de milenio.tv jairo lavas dinero de pollero en la frontera juanga
lyna: niii..bisnes lagi bagus..xpayah jumpa orang...
Wahab: Mohon maaf, saya tak dapat posting ke blog ini kerana akaun saya telah ditutup, namun saya nasih bersama anda dlm merentas perjuangan ini..saya telah pulih sepenuhnya dari terkena santau tempohari..kita akan berjumpa dengan blog yg lain.
Wahab : Thanks semua saya masih meneruskan misi cuma kaedah yg berbeza.
khanisar: Eidul Fitri al Mubarak dan maaf zahir batin buat Mr Wahab sefamili.
Normala: Salam Aidil Fitri untuk PD Wahab sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
Zul Salleh: Selamat Hari Raya Maaf zahir dan bathin.Terkasar bahasa tersilap bicara minta dimaafkan termakan terminum minta dihalalkan.TQ
Normala: Assalamualaikum. Apa khabar PD Wahab. Semoga dapat meneruskan perjuangan. WE ARE THE BESt!!! Rindu juga rasanya nak berjumpa kawan-kawan lama.
SPD Zul: Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menjalankan ibadat Posa. Salam perjuangan dari saya.
cakap: cakap cakap cakap... tak pernah buat. dulu cakap dgn aku mcm SN dia punya. diam aje.
saya: hai..depa ni pun tau bahasa melayu yerr..
cheap car insurance quote: Selamat datang ke Wahab's Web Journal Is Just Superb
2007 designer dress prom: hey!Great work!
Paris Hilton full video: HI!nice journal.
anderson hot pamela super: Great work.Well done!
kate winslet : dynamic journal.keep it up
roberts julia: lovely journal.its nice.
jennifer lopez music: Your journal is astounding.Well keep it up.
christina aguilera pic: Hi I really enjoyed reading your blog
britney spears video: Hey!Nice Work.I appreciate it.
angelina jolie pic: Nice journal I will visit again.
jessica alba nude pic: Your Blog Is Really Nice .I will say It's aAmaaaaaaaaaazing.............
zainudin: a'kum, sampai kb inform me, semalam jumpa zul, che din dan ashrie di kb, k,tq
Normala: Walau dugaan datang bertimpa2, kita tetap teruskan perjuangan bersama SST!
Normala: Semoga terus berjaya.
Siakap: betul tu kata PD fauzan en. wahab....!! kan tak faham kot..
Fauzan: Teruskan bisnes ini PD Wahab walaupun pelbagai dugaan yg dtg melanda, kekuatan kita adalh team & kompeni yg kuat serta produk yg bagus
wahab: Yusa dan Kak Mala thanks kerana menziarahi saya disini.
yusa: pesan yusa - "Kebanggaan yang terunggul bukan kerana kita tidak pernah jatuh, tetapi kerana kita bangkit semula setiap kali kita jatuh" balikpulau
Normala: PD Wahab, apa khabo. Lama tak dengar cerita hangat dari you!
Normala: Alhamdulillah. PD Wahab dah pulih sepenuhnya dan akan beraksi hebat di pentas SST. YOU ARE THE BEST!
yusa: PD Wahab, banyak kan rehat serta solat dan doa. Semoga cepat sembuh. You are still the best!
Normala: Saya doakan agar PD Wahab cepat sembuh & dilindungi oleh Allah swt.dari segala anasir yg tidak baik. Amin
Normala: PD Wahab, dah lama tak update blog
Ucuk: Thanx Bang atas semangat.. tiada lain selain dari meneruskan survival hidup bagi seluang seperti saya...
Normala: PD Wahab, YOU ARE THE BEST. Tahniah!
Kak Mala: PD Wahab, Warna blog yang lebih sentimental!!!
yusa: Yes...yes...yes, PD Wahab semangat mu terus membakar dan membara!
wahab: wahab.Terima kasih khairulnisak, saya sihat sejahtera dan didoakan tuan juga sama.
khanisar: apa khabar? Lama tak dengar cite dari tuan. Semoga sentiasa maju dan kita semua sihat sejahtera
Kak Mala & Keluarga: Salam Aidil Fitri kpd PD Wahab sekeluarga serta downlines.
lili: selamat hari raya & maaf zahr & batin.
Wahab: Cik/Puan lili dan Encik Razak, terima kasih ya kerana mengunjungi saya.

Please type in the four characters shown in the black box.

Sunday, January 21st 2007

1:40 PM

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum dan bersua lagi kita serta diucapkan selamat tahun baru hijrah dan semoga tahun yg mendatang akan membuahkan lebih rezeki utk kita semua.

Mohon maaf agak lama tak updatekan blog ni, dan pada sahabat yg mendoakan kesihatan saya terima kasih yg tak terhingga diucapkan, alhamdullilah saya telah pulih utk sepenuhnya.

Sempena dgn tahun baru semestinya azam juga diperbaharui, saya bertekad kembali utk terus berjuang bersama sama sahabat yg lain semestinya azam kali ini lebih kuat dari tahun yg lepas.

Kesempatan menghadiri "A date with smartnaco" disummit BM tempohari membuka mata dan hati saya iaitu peluang terlalu banyak didalam smartnaco, utk merebut semua peluang tersebut tiada jln mudah dan ianya memerlukan komitment dan tumpuan didalam bisnes ini, berbalik dari menghadiri seminar tersebut alhamdullilah permintaan terhadap barangan smartnaco terus meningkat.

Produk baru kita juga semakin mendapat tempat, Lube, Superclay dan Nacofe adalah yg mendapat permintaan tertinggi, penguna berpuas hati dgn ketiga tiga produk tersebut hinggakan tak menang tangan pergi beli dan hantar.

Memandangkan masa yg suntuk utk kali ini, saya nak pergi menghantar barangan disik kedah walaupun jarak yg jauh dan demi kepercayaan pelanggan saya perlu menghantar segera.

Jumpa lagi kita nanti.

 

1 Comment(s) / Post Comment

Wednesday, November 29th 2006

6:30 PM

Memilih atau dipilih

Assalamualaikum dan bersua lagi kita semua.

Semasa berkesempatan menyertai kursus chef li tempohari antara kata katanya yg menarik dikongsikan bersama adalah hidup kita atau kejayaan kita adalah kita yg memilihnya dan bukanlah kita dipilih utk kejayaan tersebut.

Kesimpulan tersebut mematahkan juga pepatah melayu iaitu "beras secupak tak akan menjadi segantang" sebenarnya kita boleh mengandakan beras tersebut dgn hasil usaha kita dan juga sekiranya dibiarkan beras tersebut didalam bekas simpanan maka secupak tetap secupak dan secupak tersebut habis digunakan tanpa kita mengantikan dgn yg baru atau mengandakan nya.

Antara contoh yg boleh digunakan adalah kisah benar bekenaan liku hidup che kiah digerik perak dan bagaimana kisah ini relate dgn memilih ataupun dipilih.

Dikisahkan che kiah adalah penghuni PPRT dengan pendapatan isi rumah RM394 sebulan, hiduplah mereka sekeluarga, suami dan anak anak yg masih kecil dengan berkerja menoreh getah pokok orang, saban hari dan tahun beginilah rutin mereka dan hiduplah mereka dengan kapasiti pendapatan tersebut.

suami beliau selesa dengan keadaan tersebut dan berlainan sekali dengan che kiah yg ingin merubah nasib mereka sekeluarga dan sentiasa berusaha utk keluar dari kepompong pendapatan tersebut.

Dengan hasil usaha che kiah maka bertemulah beliau dgn AIM (Amanah iktiar malaysia) dengan pertemuan tersebut didaftarkan lah che kiah utk mengikuti kursus membuat ais krim.

Setelah tamat kursus, maka che kiah dengan ilmu yg ada membuat sendiri ais krim, maka diajaknya suami beliau utk menjaja ais krim tersebut pasal suaminya mempunyai sebuah motosikal usang, tetapi lain yg diharap lain yg jadi suaminya tidak berminat dan menyatakan..

...Apalah yg awak harapkan dengan menjual ais krim tu boleh laku atau kita boleh kaya dengan benda tersebut.

Che kiah yg tak putus asa dengan kedua belah tangan nya membawa ais krim utk jajaan, disebelah kiri kon ais dan sebelah kanan ais yg telah siap, maka menjajalah che kiah dihadapan sekolah dan tadika kampung mereka.

Apa yg berlaku adalah dlm bulan pertama pendapatan che kiah adalah RM1200 sebulan, dengan pendapatan tersebut sekali lagi che kiah mengajak suaminya menjaja, jawapan suaminya tetap menolak spt pertama kali diajukan.

Dengan pendapatan yg ada maka che kiah membeli sebuah basikal, masalahnya che kiah tak pandai menunggang basikal maka ais diletakkan dipelantar dan dihandle diletaknya kon ais, dengan adanya basikal maka jauhlah sikit yg dia boleh pergi walaupun dengan cara menolaknya, pada bulan kedua dengan menolak basikal pendapatan che kiah meningkat kepada RM2000.

Setelah melihat pendapatan tersebut barulah suaminya nak berubah dan membonceng che kiah menjaja ais krim lebih jauh lagi dan begitulah seterusnya.

Moral dari kisah ini adalah dua watak utama antara che kiah dan suaminya, che kiah berusaha utk berubah dan suaminya selesa dengan pendapatan RM394 dan selesa juga berstatus PPRT, begitu juga kalau dilihatkan disini siapa yg memilih siapa, sekiranya che kiah tidak memilih utk berubah maka kekal lah beliau disamping suami yg tak mahu berubah.

Apa yg membuat che kiah berubah adalah "Semangatnya" dan beliau bukan dipilih utk berubah tapi beliau sendiri yg memilih utk buat perubahan.

Ayuh sahabat kuatkan semangatmu dan lakukan perubahan, sebagai muslim sejati kita kena kaya dengan kaya tersebut kita boleh membantu orang lain.

Pilihan ditangan anda.

wahab

012-4100759

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1 Comment(s) / Post Comment

Sunday, November 12th 2006

9:57 PM

Membina Impian

...Antara cara membina impian adalah ianya ibarat mempelajari pengalaman orang lain spt bertanya kepada seorang pemburu yg baru keluar dari belantara sebelum kita pula menempuhnya...Zheng He.

Impian itu indah. Ia adalah cahaya penerang jalan. Ia adalah api pembakar semangat utk berkerja...Nabritranath Tagore.

Kegagalan pertama tidak bisa melunturkan semangat, sebaliknya membuatkan kita bertambah gigih, Gagal kali kedua dijadikan pengajaran, Kegagalan ketiga dilihat sebagai kebijaksanaan, gagal yg seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan... Ann Wan Seng.

Didalam kita memburu impian nescaya kita akan temui jalan kesukaran dan kepayahan, namun seharusnya kita ingat tiada jln mudah utk berjaya, semuanya harus dilakukan secara berterusan dan konsisten dan jadikan lah kegagalan itu  sebagai kayu pengukur utk menampah kejayaan dihadapan.

Telah genap setahun aku bersama dgn smart naco dan SST, banyak sudah pengalaman yg digapai dan semuanya terselit indah dlm lipatan memori.

Melihatkan kesungguhan leader SST, aku percaya ianya akan menjadikan satu lagenda didalam dunia MLM dan juga awareness pada leader leader yg lain utk menjejaki kejayaan tersebut.

Syabas kepada anda semua dan melihatkan kepada partner aku PD azri, ianya melemaskan dan memanaskan semangat juang aku, mana taknya dgn berbekalkan semangat dgn mengambil keputusan berhenti kerja beliau kini dapat membeli masa sendiri dari terus dibeli oleh orang lain dan juga beliau dpt membeli impian sendiri, dlm waktu terdekat ini sekiranya terdapat penambahan Mercedes Benz dikalangan SST bukanlah mustahil ianya kepunyaan PD azri (syabas utk awak PD azri)

Hari ini, 12hb November 2006, seorang leader surereco telah mendaftarkan diri bersama dgn aku dan juga SST, mudah mudahan sahabat ini mampu mencorak kan kejayaan bersama sama dgn kita semua.

Jangan jadikan impian dan kejayaan itu mitos, ayuh kita gerakan usaha utk mencari kejayaan tersebut.

Wahab Isa.

012-4100759

 

 

 

 

1 Comment(s) / Post Comment

Sunday, October 29th 2006

4:03 PM

21-10-2006 Training bersama Chef Li

Bersua lagi ya kita semua dialam maya ini.

Pada tanggal 21-10-2006 yang lalu aku berpeluang mengikuti kursus sehari bersama jutawan,motivator hebat serta mentor bagi aku iaitu chef li.

Banyak sangat perkara yg aku perlajari dan disini marilah kita kongsikan bersama, pada sesi pembukaan chef li mulakan dengan mengajar kami semua melihat kepada fitrah haiwan dan manusia.

Kata Chef li...

Mari kita renung kepada fitrah haiwan sekiranya dilahirkan meragut semenjak lahir sehinggalah ke mati itulah kerja dia meragut dari pagi sampai petang, kalau dilahirkan mematuk maka dari lahir sehingga mati mematuklah dia dan juga sebagainya.

Tambah chef li..apa yg kita nak pelajari adalah ilmu kejayaan dan kekayaan dan inilah lah fitrah manusia dan Allah Swt jadikan kita boleh berubah ubah dan perubahan itu kita sendiri yg melakukan, Kita tidak dipilh utk melakukan sesuatu perkerjaan tetapi kitalah lah yg memilih utk melakukan pekerjaan tersebut.

Berikut adalah intipati pelajaran aku pada hari tersebut.

SIAPAKAH YANG AKAN MENJADIKAN DIRI ANDA SEORANG JUTAWAN...?

Jika jawapannya ialah diri anda sendiri, bilakah, kemanakah dan bagaiamanakah anda hendak bertindak..? anda seharusnya telah mempunyai satu sikap yang jitu utk bertindak.

** Ada dua sikap yg perlu dibina, iaitu sikap minda (Mind Attitude) dan sikap tindakan (Action), kedua dua sikap ini bergabung menjadi satu semangat dan perlakuan yg hebat utk merealisasikan IMPIAN

Bagaimana membina sikap minda yg betul..?

Mengikut teori oleh Gary Adam yg dinamakan "Syllogisme Theory" Dimana, Manusia akan mengambil satu sikap dan tindakan jikalau ia ada satu kepercayaan dan nilai yg jitu keatas sesuatu perkara..Contohnya:

  • Bersenam adalah riadah yg akan menyihatkan tubuh badan- Kepercayaan
  • Kesihatan adalah perkara yg amat penting kepada saya-Nilai
  • Maka saya akan bersenam setiap hari supaya sentiasa sihat - Sikap/Tindakan

DENGAN TEKNIK SILOGISMA (slogan yg logik dan berfikir secara sistematik) ANDA PERLU MEMBINA SATU SIKAP MINDA YANG AKAN MENJADI KEPERCAYAAN, NILAI DAN TINDAKAN ANDA.

Antara contoh silogisma yg boleh anda bina ialah:

  • Hanya dengan berniaga akan menjadikan aku seorang jutawan-Kepercayaan
  • Wow! hebatnya menjadi seorang jutawan! tentu seronok-Nilai
  • Aku akan berniaga sehingga aku menjadi seorang jutawan- Sikap/Tindakan

** Nilai adalah impian anda. Ia adalah penghargaan anda keatas sesuatu, itulah halatuju anda(kemana). Kepercayaan adalah jalan yg anda telah nampak utk merealisasikan impian(Bagaimana). tindakan adalah anda telah berniaga secara pratikal(Bila). Semua itu adalah penentunya! Tulis silogisma anda, tampalkan ditempat yg anda akan sering lihat, Bacalah dengan penuh semangat. Kalau boleh silogisma anda lebih spesifik, Misalnya, Dengan menjual SUSU aku akan jadi jutawan(Kepercayaan), Aku akan menjadi seorang jutawan yg tawaduk(Nilai), Aku mesti kerjakan ini dengan tekun dan bersunguh sunguh hingga berjaya(Sikap/Tindakan)

Kita jumpa pada sesi Kedua nanti, sambungan kepada kelas Chef Li

 

 

 

39 Comment(s) / Post Comment

Thursday, October 12th 2006

1:01 AM

Terima kasih sahabat

Soroton dari paparan tentang kisah Pak Lang Mat Zin, saya mengucapkan ribuan terima kasih pada sahabat semua yg bermurah hati menderma, Satu tabung khas telah dikelolakan dan insyallah satu pondok baru dan kemudahan air bersih akan didiri dan digalikan utk pak lang mat zin  dan target tugasan tersebut akan dilakukan selepas bulan puasa ini.

Pada 15hb ini saya selaku pengerusi biro amal wk.com, berserta sahabat yg lain akan ke kroh, baling, karangan dan kuala ketil kedah dlm expedisi amal kami yg rutin dilakukan 3 bulan sekali.

Dan pagi tadi...emm berita yg agak menarik, seorang prospek dari acheh beli 4 kotak susu utk nam mulakan pasaran didaerah kelahiran beliau, doakan sahabat ni sukuses disana dan insyallah dptlah saya keacheh nanti.

Cerita pasal acheh ni mengingatkan saya pada kisah tsunami dahulu, selepas 3 hari kejadian kami ada menghantar bekalan makanan spt maggi, beras dan makanan yg lain, dan sahabat disana manghantar message balik kata mereka suruh hantar roti sahaja, pasal kata mereka nak makan tak lalu kerana berselang 3 langkah mayat dan ruang udara disana penuh dgn bau mayat dan jalan mudah utk isi perut hanyalah celup roti dlm air dan minum dan juga kata mereka kalau masak nasi pun berbau mayat.

Hebat sungguh kejadian tsunami tersebut kata sahabat kami tu, dan kami juga ada masalah utk menghantar makanan tempohari kerana tiada satu kenderaan yg mahu kesana dan nasib baiklah ada anak acheh dan semangatnya yg sanggup memandu dan membawa makanan kesana.

Pengalaman lain dgn anjuran dan semangat ukhwah, kami berkerja giliran hampir 24 jam, mengumpul dan membungkus pakaian kesana dgn hasil tersebut kami berjaya menghantar 2 kontena pakaian baru dan terpakai kesana.

Saya amat berharap downline ini sukses disana dan ingin benar saya kesana serta ingin bertemu dgn sahabat sahabat disana yg telah bergabung tenaga dgn kami semua dlm episod tusnami tempohari.

 

 

 

0 Comment(s) / Post Comment

Sunday, October 8th 2006

1:50 PM

Manusia dan kemanusian

Alhamdullilah, kelmarin 08-10-2006 kami berpeluang melawat kerumah insan tua Pak Lang Mat Zin 65, insan tua yg hidup sebatang kara dipingir desa teloi selatan baling kedah.

Insan tua ini gagah menongkah arus kemedekaan,saban hari baginya dapur berasap merdekalah dia, dgn berbekalkan keringat yg berbaki ditambahkan pula dgn penyakit asma memburukkan hasratnya membina banglo mewah hatta berkereta mewah, dpt makan ikan masin itu sudah dikirakan mewah baginya.

Insan tua ini masih mengunakan pelita minyak tanah dan meminum air dari sungai dibelakang rumahnya, keruh atau jernih baginya tetap serupa dpt menghilangkan haus itu dah dikira baik, masih lagi mengunakan dapur kayu walaupun nostalgia kita semua mengunakan dapur minyak tanah cap rama rama telah lama berlalu, begitu juga masih mengunakan tandas pusing (istilah masyarakat setempat disini, melepaskan hajat dibanir pokok apabila ada orang lalu adjust posisi bagi orang tak nampak...dah tu habis keliling pokok habis ditinggalkan bobby trap)

Saya selaku pengerusi biro amal wargakilang.com dan sekiranya ada sesiapa yg berminat utk menderma utk tujuan membina pasarana utk pak lang mat zin ini amat dialu alukan dan insyallah kami sedang giat mengumpul dana utk membina rumah dan kemudahan air bersih utknya.

Hubungi saya sekiranya berminat.

Wahab-012-4100759

 

 

 

 

 

0 Comment(s) / Post Comment

Thursday, October 5th 2006

5:46 PM

Selamat Berpuasa pada semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada sahabat semua.

Terlebih dahulu diucapkan selamat menjalani ibadah puasa, agak lama aku tak update journal to success ni namun jangan mengangap aku telah rebah atau tewas..ha ha.. aku masih tetap utuh seperti dahulu cuma masa agak sempit sikit.

Minggu ni bermula aku sepenuh masa berada didunia luar, rupa rupanya kat luar lebih sibuk dari dok dalam dunia kilang, seawal pagi bangun dan lewat malam baru masuk tidur

Rutin harian agak padat, setiap hari call prospek dan malam berjumpa dengan orang yg berminat dgn susu, banyak permintaan susu dibulan puasa ni, alhamdullilah baguslah sekurang kurangnya orang dah kenal susu Igg plus dan tahu performance susu tersebut.

Pada sahabat semua, jangan mudah tewas dan tanam didalam hati dan berkerja seolah olah hari pertama kita menjadi ahli, berkerja dan berkerja serta membina rangkaian dari hari kehari.

Jangan menoleh kebelakang, lakukan terus serta tanamkan lah semangat juang yg tinggi, anda tak rugi dengan semangat yg sedemikian malahan menjadikan anda seorang yg kuat dan sesungguhnya semua perkara boleh dilakukan dan kekuatan adalah pada diri kita sendiri.

Justeru itu aku menyeru...Ayuh kita teruskan perjuangan ini sehingga kejayaan menjadi milik kita.

 

0 Comment(s) / Post Comment

Wednesday, September 6th 2006

6:13 PM

Empat Dimensi...

Bersua lagi kita semua.

Hari ini aku membatukan diri dan berdiri didalam kotak empat segi, aku berdiri ditengah tengahnya, empat penjuru yang aku lihat dari prospektif aku sendiri iaitu..

Prospek

Pasai apa..?

Permasalahan

Penyelesaian

Setiap kali aku berjumpa dengan prospek, 1 perkara ini menjadi tunggak utama pada soalan dibalas dgn soalan, pasai apa aku nak join bisnes ini, pasai apa ini....dan pasai apa itu... dan last sekali ialah APA..iaitu apa yg aku akan dapat...

Disudut prospek dan sudut pasai apa ada permasalahan dan bagaimana pula dari sudut penyelesaian...

Permasalahan nya ialah, mungkin prospek yg aku temui tersebut ianya, lemah,lelah, longlai,lesu..dan macam macam "L" lagi dalam dirinya..

Bagaiamana nak mengheret prospek ini kepada penyelesaian..seterusnya matlamat dan sistem...pada akhirnya adalah kejayaan.

Dalam mengheret Prospek "L" adakalanya aku sering kali disalah ertikan kerana menjaja selain produk smartnaco dipasar pasar, expo dan sebagainya..namun itu bukanlah permasalahan aku..yg penting bagaimana aku nak mendidik Prospek "L" menjadi usahawan sejati, yg pertama haruslah dibuangkan perasaan malunya, gementar, gemuruh dan berani berhadapan dengan orang ramai, bila semua perasaan ini dibuang tiada masalah bagi prospek "L" menjadi lebih hebat dari kita yg mengajarnya.

Dimana kah nak buat pratikal ini..tentulah dipasar pasar, expo, pesta dan sebagainya, tempat yg ramai dikerumuni orang.

Utk pratikal sebegini seeloknya..mulakan dengan barangan yg kecil dan murah pasal matlamat utama bukanlah pada barangan..matlamat utama  ialah mendidik prospek "L" menjadi seorang juru jual atau usahawan sejati..walaupun perkerjaan sebegini sering memenatkan.

Dan terutama dalam tugasan sebegini..kita kena buangkan E yg besar dalam diri kita dahulu..iaitu Ego kita sendiri dan seterunya berusaha buangkan ego prospek "L"

Ok lah..aku nak tutup kotak empat segi ni yg mengandungi 10 kotak susu IgG plus..prospek "L" dah mula order...

 

 

46 Comment(s) / Post Comment

Monday, September 4th 2006

6:18 PM

My Turn

Seperti sedia maklum partner aku PD Azri telahpun berada didunia luar dan pada penghujung bulan ni adalah utk turn aku pula utk mengharungi dunia luar, pastinya banyak liku liku yang sedang menanti.

Namun itu bukanlah isyarat utk mengaku kalah, seperimana tadi semasa balik dari kerja dari kejauhan kelihatan pelangi dilembayung petang, semua ini memberi isyarat agar aku terus berusaha dan mencari semua warna warna dalam kehidupan ini.

Begitu juga kebelakangan ini terlalu banyak sms yg aku terima dari syarikat itu dan ini semuanya menawarkan peluang baik berserta dgn pendapatan lumayan, justeru itu aku membalas sms mereka dgn sopan dan memohon agar mereka terus berusaha dan buktikan apa yg mereka cakap dan tawarkan itu dgn kebenaran.

Sikap aku mudah, kita tidak perlu menguna nama orang itu dan orang ini, kejayaan mereka itu dan ini, apa yg perlu dibuat adalah buktikan kemampuan dan kesungguhan kita dlm merealisasikan sesuatu perkara.

Kejayaan bukanlah mitios bagi yg berusaha, bukti cukup jelas dan banyak, sebagai contoh mengapa orang lain boleh berjaya dinegara kita, sedangkan kita masih ditakuk lama, jawapan pada persoalan ini adalah usaha dan usaha.

Marilah kita berusaha dan memperbaiki diri sendiri, seperti mana kelas tasawuf aku jumaat lepas dan ustaz menghuraikan kata kata Nabi Musa A.S, kita hidup hanyalah 3 hari iaitu kelmarin, hari ini dan esok.

Kita tidak berupaya mengambil kelmarin utk dimasukan kedalam hari ini, ianya telah berlalu apa yg boleh diambil adalah pengajaran kelmarin dimanakah diri kita, Hari ini adalah sebaik baik hari yg harus digunakan dan lakukan lah yg terbaik membaiki hari kelmarin dan jangan diharapkan pada esok yg belum pasti samaada kita boleh boleh hidup atau sampai kepadanya, pointnya adalah kita melihat dan berusaha dgn bersungguh sungguh dgn hari yg ada.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

0 Comment(s) / Post Comment

Saturday, August 19th 2006

8:16 PM

Liku Liku utk berjaya.

Bersua lagi kita semua dipentas ini.

G2 terus merentas masa, ada yg ketinggalan dan ada juga pantas mengejar mesin masa SST, A&W begitu juga dan kami tak mahu terus ketinggalan maka kami berdua telah garapkan plan jangka panjang yg kami panggil revision 1.

Meringkaskan cerita pada khamis yg lepas kami telah sepakat utk ke KL utk berjumpa dengan Ucuk dan Zaini, pada awalnya kami bercadang utk bergerak pada pukul 3.00 petang dan sekitar jam 8.00 malam sudah ada disana, kita hanya manusia mampu merancang dan ketentuan  Allah Swt mengatasi segalanya.

Aku amat sibuk pada khamis yg lepas, pukul 5.00 petang baru dapat keluar dari kilang, dalam waktu perjalanan ke Hospital sbg Jaya tempat PD asri sedia menungu aku dpt panggilan dari d/line perlukan susu segera..D/line punya pasal kena hantar juga.

Pukul 6.00 petang baru dapat ambil PD azri tapi masalah tak selesai lagi, pasal kereta kena hantar utk servis sebelum memulakan perjalanan, setelah siap segalanya kami memulakan perjalanan sekitar jam 7.00 petang menghala ke KL.

Sepanjang jalan hujan turun semahu mahunya seolah olah memberi gambaran agar kami membatalkan hasrat kesana, ditambahkan lagi pada hari khamis tersebut PD Azri deman, atas komitment dan ingin melihat revision 1 berjalan lancar beliau gagahkan diri dan banyak melelapkan mata, aku yg keseorangan memandu banyak melayan lagu lagu dari radio sinar.

Pukul 7.45 malam kami berhenti sekejap kat bukit merah utk berehat seketika kerana hujan amat lebat dan jalan mula licin.

8.30 malam kami memulakan perjalanan, 9.30 malam kami berhenti sekali lagi di hentian rehat simpang pulai, hujan dan petir sabung meyabung dengan semangat yg membara pukul 9.45 malam kami meneruskan perjalanan.

15 minit perjalanan, 200 meter dari simpang masuk tapah, kereta yg aku pandu tiba tiba tayar hilang kawalan akibat melanggar lopak air, pada mulanya kami hampir terbabas ke kiri jalan aku cuba sedaya upaya mengawal kereta dari terbabas dlm longkang, apabila brek emergency ditekan kami berdua terbabas ke devider, kereta terpusing pusing sebanyak 3 kali, dan tersadai ditengah devider, pada waktu tersebut keadaan amat bahaya kerana kereta terpusing dan menghadap ke melawan arus.

Alhamdullilah, dengan tindakan pantas kami berdua telah selamat, tanpa sebarang kecerderaan yg dialami, kemudian aku terus memandu keluar ikut tapah utk memeriksa keadaan kereta serta memberitahu ucuk dan zaini kerana terpaksa membatalkan hasrat ke Kl pada mlm tu.

Kereta kemek teruk sebelah kiri kesan dari kemalangan tersebut, aku sampai hari ni sakit ditengah tulang belakang mungkin dari kesan hentakan yg kuat telah berlaku, dan PD azri masih demam lagi rasanya.

Walaupun terlalu perit dengan semua yg telah berlaku, ditambahkan pula kereta tiada spare part dlm waktu terdekat ini, ianya bukan lah utk merasa lamah atau kalah,malah aku lebih kuat dari sebelumnya.

 

 

 

 

 

0 Comment(s) / Post Comment